Friday, August 18, 2017
   
Text Size
Login

International Journal of Management Studies (IJMS) Vol. 21, No. 2 December 2014

Malaysian Hospitality Industry: Graduates’ Justifications for Leaving the Industry
Rozila Ahmad, Basri Rashid & Nurhazani Mohd Shariff
School of Tourism, Hospitality and Environmental Management
Universiti Utara Malaysia
 
Abstract Ɩ Full Text
Continuous skilled-employee shortage has been reported in the hospitality industry despite the mushrooming growth of higher learning institutions off ering the Bachelor of Hospitality Management (BHM) programme. The purpose of this study is to assess the BHM graduates’ areas of employment and their justifi cation for not seeking employment or leaving the hospitality industry. To meet the purpose, a quantitative research paradigm supported by open-ended questions was used. This study focused on Universiti Utara Malaysia (UUM) BHM graduates. The fi ndings revealed that the UUM BHM graduates’ Islamic faith plays a signifi cant role in the religious Muslim graduates’ career paths. However, as widely documented in the literature, unattractive compensation in the hospitality industry appears to be the most important reason for graduates to seek employment in other industries. This is followed by poor career development opportunities and working conditions. Information from this study may help remedy the continuous shortage of skilled employees in the industry. It may also ensure the graduates’ ability to secure suitable jobs. In addition, it indirectly helps in the initiative to improve the BHM curriculum.
 
Keywords: Hospitality, workforce, graduate, employment, hospitality industry, career, Malaysia.
 

 
A Circular Causation Model of the Oil and Gas Sector Relative to the Nonoil Sector in the Sultanate of Oman
Masudul Alam Choudhury
Institute of Islamic Banking and Finance
International Islamic University Malaysia
 
Saeed Al-Muharrami
College of Economics and Political Science
Sultan Qaboos University, Muscat, Sultanate of Oman
 
Mohammad Saleh Ahmed
Department of Mathematics and Statistics
Sultan Qaboos University, Muscat, Sultanate of Oman
 
Abstract Ɩ Full Text
The goal of Omanization as a comprehensive focus of the productive and social transformation of the Omani economy with the retention of her domestic output and labour component in total national economic activity is studied by using the methodology of circular feedback between some critical macroeconomic variables that relate to oil and non-oil sectoral development. The existing scenario points out that the structural shape of inter-sectoral allocation of resources and their socio-economic results is based on marginal rates of substitutions. Contrarily, the development structure based on inter-sectoral and inter-variable causality leads to the suggestion of the complementary (participatory) development outlook. The emergent model of circular causation is used to study both cases; the ‘as is’ estimation case and the ‘as it ought to be’ simulation case in view of eff ective Omanization taken up in its broad defi nition of socio-economic sustainability. The simulation results that give rise to fresh directions on socio-economic structures and policy-making are further studied by the method of Spatial Domain Analysis of the GIS method.
 
Keywords: Economic development, development planning, sectoral planning, Oman development policies.
 

 
Assessing The Role of External Debt in Economic Growth of The Asean-4 Countries: An Empirical Study
Siti Nurazira Mohd Daud
Faculty of Economics and Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
 
Abstract Ɩ Full Text
The Asian Financial Crisis in 1997 witnessed an episode of high accumulation of external debt among the crisis-hit countries, namely Indonesia, Malaysia, Philippines and Thailand. This leads to the issue of the role played by external debt in stimulating the economies of ASEAN-4 countries. This paper tries to examine the role of external debt in the economies of the ASEAN-4 countries. The results demonstrate that external debt plays a role in improving the economic growth of the ASEAN-4 countries. In addition, the accumulation of external debt is positively associated with Indonesia’s and Thailand’s economic growth up to an optimal level, beyond the optimal level the external debt has inversely contributed to the economy.
Keywords: External debt, ASEAN-4, economic growth.
 

 
Pengurusan Wakaf Pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Malaysia: Satu Sorotan Literatur
Najibah Mustaffa & Mohd Zamro Muda
Fakulti Pengajian Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Abstrak Ɩ Full Text
Wakaf pendidikan sudah lama diamalkan di Malaysia melalui kewujudan institusi pendidikan berbentuk tradisi seperti pondok, madrasah, sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri. Pada tahun 1999, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mewujudkan Islamic Endowment Fund (IEF), menjadikannya sebagai institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di Malaysia yang menubuhkan tabung wakaf pendidikan yang diikuti dengan beberapa buah IPT lain dari setahun ke setahun. Artikel ini membincangkan satu perkembangan penulisan, sama ada dalam bentuk penyelidikan, buku, artikel dan sebagainya dalam membahaskan isu pengurusan wakaf pendidikan di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan metode kualitatif dengan mengambil pendekatan kajian kepustakaan. Hasil sorotan kajian yang dilakukan boleh dikatakan bahawa telah banyak penulisan, lontaran idea dan perbincangan berkenaan perkara ini dibuat oleh para sarjana, ahli akademik dan juga pihak kerajaan. Wakaf pendidikan di Malaysia dilihat semakin berkembang dengan penubuhan tabung wakaf pendidikan di beberapa buah IPT seperti UIAM, Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan beberapa buah IPT lain lagi. Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini dibuat, masih belum ada kajian yang meneliti secara khusus pengurusan wakaf pendidikan di IPT sedia ada selain daripada masalah dan cabaran yang dihadapi, terutamanya melibatkan aspek pengurusan dana yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan sesuatu wakaf pendidikan.
 
Kata kunci: Wakaf, pendidikan, pengurusan wakaf, institusi pengajian tinggi.
 

 
Kerangka Konseptual Keadilan Islam dalam Pelaksanaan Penilaian Prestasi
Ab Aziz Yusof
UUM College of Business
Universiti Utara Malaysia
 
Abstrak Ɩ Full Text
Memanipulasi, mempolitik dan berlakunya pilih kasih adalah antara isuisu berkaitan keadilan organisasi dalam pelaksanaan penilaian prestasi yang telah lama dibincangkan oleh ahli akademik dan pengamal organisasi. Mereka sedar aspek keadilan harus diberi keutamaan kerana merupakan jalan penyelesaian kepada pelbagai permasalahan yang dihadapi di sepanjang proses pelaksanaannya. Bagi mereka, keadilan wujud apabila pekerja percaya mereka telah menerima ganjaran yang setimpal dengan sumbangan yang telah diberikan. Sungguhpun aspek keadilan telah diberi keutamaan tetapi masalah berkaitan dengan pelaksanaannya terus berlaku. Sehubungan dengan ini, pengkaji ingin meninjau kelebihan keadilan Islam yang seharusnya diaplikasikan sebagai satu usaha untuk membangunkan sistem penilaian prestasi yang lebih baik. Objektif kertas kerja ini bertujuan untuk meneroka keperluan keadilan Islam sebagai gantian terhadap jalan penyelesaian permasalahan ini. Keadilan Islam harus dilihat sebagai mekanisme yang mampu menghindarkan penilai daripada melakukan eksploitasi, memanipulasi dan mempolitikkan fakta, menyalahgunakan kuasa dan bertindak untuk kepentingan diri yang diterima sebagai sumber kepada kitaran ganas dalam pelaksanaan penilaian prestasi. Kajian seperti ini seharusnya diberi keutamaan dalam penyelidikan pada masa depan kerana menyedari permasalahan ini telah begitu lama dihadapi.
Kata kunci: Penilaian prestasi, keadilan, keadilan Islam dan Islam.

 
Kemapanan dan Daya Saing Pajak Gadai Islam Di Malaysia: Perspektif Perintis
Azila Abdul Razak, Fidlizan Muhammad Mohd Yahya Mohd Hussin & Fatimah Salwa Abdul Hadi
Faculty of Management and Economics
Universiti Pendidikan Sultan Idris
 
Abstrak Ɩ Full Text
Pembiayaan pajak gadai konvensional telah wujud sejak abad ke-19 lagi. Namun, praktis pemberian pinjaman daripada pajak gadai konvensional sering dikaitkan dengan penyelewengan dan mempunyai unsur eksploitasi terhadap peminjam. Sebagai alternatif, pajak gadai Islam yang pertama telah diwujudkan pada tahun 1992 iaitu Muassasah Gadaian Islam Terengganu dengan inisiatif oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM). Sehingga tahun 2013, terdapat 464 buah cawangan daripada 10 institusi yang menawarkan pembiayaan pajak gadai Islam berbanding pajak gadai konvensional yang berlesen iaitu 259 buah. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis persepsi tiga perintis utama pemegang pajak gadai Islam di Malaysia iaitu MAIDAM, YaPEIM dan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia berkaitan aspek kemapanan dan daya saing produk, isu pembiayaan berfokuskan penggunaan dan kesedaran masyarakat terhadap kewujudan pajak gadai Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan temu bual separa berstruktur terhadap tiga institusi perintis pajak gadai Islam. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pajak gadai Islam berupaya untuk bersaing dan berkembang dengan penawaran sistem gadaian yang berkonsepkan syariah, pengenaan upah simpan yang rendah dan matlamat pembiayaan yang tidak berorientasikan keuntungan dan lebih kepada tanggungjawab sosial. Untuk kemapanan dan daya saing skim ini, peranan kerajaan juga amat penting terutamanya dalam mewujudkan satu akta pajak gadai Islam yang khusus serta mempertingkatkan lagi pemberian lesen kepada pemegang pajak gadai yang berpotensi. Aktiviti promosi dan hebahan maklumat melalui media massa dan elektronik juga perlu dipertingkatkan bagi memberi kesedaran dan pemahaman kepada masyarakat khususnya mereka yang beragama Islam untuk memilih skim ar-Rahnu sebagai alternatif kepada pajak gadai konvensional.
 
Kata kunci: Pajak gadai Islam, pajak gadai konvensional, kemapanan, daya saing.

Universiti Utara Malaysia Press
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman, MALAYSIA
Phone: +604-928 4812, Fax : +604-928 4792 

All Right Reserved. Copyright © 2010, Universiti Utara Malaysia Press