Monday, October 23, 2017
   
Text Size
Login

International Journal of Management Studies (IJMS) Vol. 13, Special Issue, September 2006

 
Empirical Investigation on Satisfaction and Service Quality Level of Radical Process Change Implementation
Hartini Ahmad
Faculty of Business Management
Universiti Utara Malaysia
 
Arthur Francis
School of Management
University of Bradford, UK
 
Abstract Ɩ  Full Text
The paper reviews the literature related to the implementation of radical process changes in higher education (HE) environment. Several issues and implementation results related to radical process change in HEIs, particularly business process reengineering (BPR), are being investigated. Furthermore, as the implementation of process change would have an impact in HEIs, specifically on service quality and customer satisfaction, this paper discusses both concepts. A survey has been developed to assess the students’ satisfaction of the radical process change implemented in one of the HEIs, namely HEI-A which was selected as a case study. The results indicate some significant differences among groups for both satisfaction and service quality measured. The paper provides a framework for future research to develop a metric for measuring satisfaction and service quality level in HEIs. This research contributes to studies of BPR in HE context, by focusing on the key processes performance.
 
Keywords: Radical; process change; reengineering; education; SERVQUAL; SERVPERF; service quality, satisfaction.
 

 
The Integration of Knowledge Management in the Operations of Malaysian Banks
Hafizi Muhamad Ali & Nor Hayati Ahmad
Faculty of Finance and Banking
Universiti Utara Malaysia
 
Abstract Ɩ  Full Text
The globalization of financial markets forced bankers to be knowledge-based and be more efficient in managing knowledge in their banking operations. The importance of this function is accentuated further by the call from the Central Bank of Malaysia (Bank Negara Malaysia) to integrate the concepts of knowledge management in banking operations. In this paper, we discuss a research model called: Banking Knowledge Management Model (BKMM), which encompasses knowledge creation, knowledge retention and knowledge sharing and more importantly, how each of these elements can be integrated to enhance the quality of banking operations. The various components of BKMM are explained and we illustrate the application of BKMM in two Malaysian commercial banks. We find that the two banks apply the concept of knowledge management in line with BKMM but differ in their knowledge management approach. Despite different approach, both banks derive many benefits from applying knowledge management in their operations. We expect a wider application of BKMM by other banks in Malaysia would create a culture that promote and enhance knowledge management in the banking sector.
 

 
Service Quality Satisfaction of Public Bus Service: A Structural Equation Modeling Approach
Chooi-Leng Ang, Nor Idayu  Mahat & Yuhaniz Hj. Ahmad
Faculty of Quantitative Sciences
Universiti Utara Malaysia
 
Abstract Ɩ  Full Text
The relationships between service quality and satisfaction of public bus service were investigated using structural equation modeling. Customers of a campus bus service were chosen to demonstrate the analysis. Service quality was operationalised along three dimensions, namely the bus itself, its driver and the service per se. The customers’ satisfaction was evaluated in terms of voluntary use, service fee and overall service. The analysis found the existence of significant relationships and supported the notion that service quality influences satisfaction. Although not all dimensions of the service quality had a direct influence on the satisfaction level, the three dimensions of service quality were found to intertwine to achieve a combined effect.
 
Keywords: service quality; customer satisfaction; structural equation modeling; public transport service.
 

 
Identification and Classification of the Implementation of Knowledge Management Factors in Malaysian Construction Consulting Companies: An Exploratory Study
Amran Rasli
Faculty of Management and Human Resource
Universiti Teknologi Malaysia
 
Ade Asmi
Department of Civil Engineering
Universitas Indonesia
 
M. Z. Abd. Majid
Faculty of Civil Engineering
Universiti Teknologi Malaysia
 
Abstract Ɩ  Full Text
Ever since knowledge has become an important corporate asset, Knowledge Management (KM) has become a critical concern for construction consulting companies to create and sustain their competitive advantage. Therefore, an exploratory research was conducted to identify and classify the methods of implementing key KM faktors in Malaysian construction consulting companies using a three-round Delphi technique study to identify and rank critical components of Knowledge Management (KM) principles for construction consulting companies. Subsequently, faktor analysis was used to generate variables for the KM faktors and the results are compared with the original groupings identified from the first level of the research. Finally, the classification of the implementation of KM faktors are analysed and further grouped into two categories i.e., exploitive and explorative. A one sample ttest was conducted to confirm the difference between the two types of KM and the overall the KM program.
 
Keywords: Knowledge management; Delphi study and factor analysis.
 

 
Industrial Structure and Concentration in Malaysian Manufacturing Industry
Muhammad Ridhuan Bos
Faculty of Economics
Universiti Utara Malaysia
 
Suhaila Abdul Jalil
Faculty of Economics and Management
Universiti Putra Malaysia
 
Abstract Ɩ  Full Text
The study uses econometric analysis; the least square method is used to determine factors that influence changes in the level of concentration of the 103 Malaysian manufacturing industries. The result shows that the concentration ratio of the Malaysian industries are rather high when compared with those in most other countries. At the same time our analysis reveals that competition in certain sectors of the Malaysian manufacturing industry have increased over time. Most importantly, the analysis supports the hypothesis that economies of scale are the major source of concentration. Other variables use in determining the industrial concentration is barriers to entry, the size of industry and foreign ownership.
 
 
Keywords: Concentration; Competition; Market power; Economies of scale; Entry barrier.
 

 
Faktor Penentu Pelaporan Maklumat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) di Malaysia
Fathyah Hashim
Sekolah Pengurusan
Universiti Sains Malaysia
 
Romlah Jaffar
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Abstract Ɩ  Full Text
Maklumat mengenai aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) syarikat adalah antara maklumat terpenting yang perlu diketahui oleh para pelabur terutama bagi syarikat yang terlibat dalam industri berteknologi tinggi. Kajian ini mendalami amalan pelaporan maklumat R&D dalam laporan tahunan syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) untuk tahun 2002. Secara spesifiknya kajian ini meneliti tahap pelaporan maklumat dan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pelaporannya. Sebanyak 87 daripada 314 buah syarikat yang tersenarai dalam industri teknologi, barangan pengguna, barangan industri serta perdagangan dan perkhidmatan telah dipilih sebagai sampel kajian. Analisis statistik varian (ANOVA) telah digunakan untuk menguji data kajian. Hasil kajian mendapati tahap pelaporan maklumat ini masih terlalu rendah. Pemboleh ubah saiz dan struktur modal syarikat didapati mempengaruhi tahap pelaporan maklumat R&D manakala operasi antarabangsa dan jenis industri didapati tidak dapat mempengaruhi tahap pelaporan maklumatnya. Dapatan kajian ini membawa implikasi bahawa syarikat perniagaan perlu memberi perhatian yang serius mengenai pelaporan maklumat pada masa hadapan kerana ia adalah antara maklumat terpenting yang digunakan oleh pelabur untuk membuat keputusan pelaburan.
 

 
Model Peramal Kepuasan Kerja Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Komuniti Pesisir Terengganu
Mohd Shaladdin Muda
Fakulti Pengurusan Ekonomi
Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia
 
Nik Wan Omar
Unit Kualiti
Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin
 
Abstract Ɩ  Full Text
Kajian ini menganalisis secara kritikal faktor penentu kepuasan kerja dan hubung kait dengan faktor gelagat organisasi bagi pegawai perkhidmatan pendidikan kerajaan di Malaysia. Ia bertujuan membina satu rumusan yang boleh dijadikan salah satu alternatif penyelesaian kepada pihak yang berkepentingan dalam menyediakan skim perkhidmatan pegawai pendidikan yang terbaik dan akhirnya, pelanggan akan dapat menikmati perkhidmatan pendidikan yang baik dan bermutu. Isu kepuasan kerja ini menjadi sangat penting kerana terdapat banyak rungutan daripada pegawai-pegawai perkhidmatan pendidikan berhubung dengan ganjaran, masa kerja yang panjang, beban kerja, tekanan kerja, persekitaran kerja, di samping hubungan dengan keluarga pelajar. Kajian menumpukan kepada tiga faktor utama berkaitan dengan kepuasan kerja iaitu faktor organisasi, demografi dan gelagat. Faktor organisasi merangkumi pemboleh ubah seperti pekerjaan itu sendiri, upah dan ganjaran, kenaikan pangkat, keadaan dan persekitaran kerja, rakan sejawat, komunikasi, penyeliaan dan prosedur kerja. Faktor demografi pula dijadikan pemboleh ubah moderator seperti umur, jantina, pengalaman kerja, kelayakan akademik dan tempat kerja. Manakala faktor gelagat terdiri daripada motivasi kerja, stress, komitmen, penglibatan, kecintaan kepada organisasi dan prestasi kerja. Kajian awal mendapati terdapat korelasi yang positif di antara pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dinyatakan dengan kepuasan pekerja. Ujian hipotesis mendapati terdapatnya hubungan yang signifikan antara kepuasan kerja dengan faktor demografi, faktor organisasi, dan faktor gelagat. Responden kajian terdiri daripada pegawai perkhidmatan pendidikan di sekolah-sekolah kerajaan di kawasan pesisir Terengganu. Dapatan kajian ini diharap dapat mencadangkan alternatif penyelesaian dalam membentuk pasukan kerja pendidikan terbaik dapat memenuhi aspirasi kerajaan dan masyarakat, dan menjadi asas perbincangan di antara pegawai pendidikan dengan pihak yang berwajib mengenai terma-terma perkhidmatan dalam mencapai matlamat bersama, selain dapat memberi manfaat secara langsung kepada orang ramai yang menjadi pelanggan kepada perkhidmatan pendidikan kerajaan. Perlaksanaan kepada dapatan kajian ini diharapkan dapat mewujudkan situasi menang-menang antara kerajaan, warga pendidik, pelajar serta masyarakat yang menjadi pelanggan kepada perkhidmatan pendidikan. Seterusnya dapatan kajian ini akan menambah koleksi sorotan karya dalam bidang ini.
 
Kata kunci: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan; Kepuasan kerja; Model Peramal.
 

 
Perhubungan antara Prinsip-Prinsip TQM dengan Prestasi Organisasi Pendidikan: Satu Kajian Empirikal dalam Sektor Pendidikan Tinggi Awam di Malaysia
Lim Kong Teong & Rushami Zien Yusoff
Fakulti Pengurusan Teknologi
Universiti Utara Malaysia
 
Zainal Ariffin Ahmad
Pusat Pengajian Pengurusan
Universiti Sains Malaysia
 
Tang Swee Mei
Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia
Universiti Utara Malaysia
 
Abstract Ɩ  Full Text
Kajian ini menyelidik hubungan antara prinsip pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dengan hasilan organisasi pendidikan dalam bidang kepuasan hati pelajar dan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan dan bersifat keratan rentas. Tinjauan telah dijalankan ke atas 100 buah jabatan pendidikan yang dipilih secara rawak di 10 buah universiti awam tempatan. Sebanyak 85 buah jabatan pendidikan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Saiz sampel ini mewakili hampir 70% daripada populasi jabatan pendidikan. Semua hipotesis telah diuji dengan menggunakan analisis korelasi dan regresi linear. Hasil kajian menyokong semua hipotesis yang dikemukakan, dan ini menyarankan bahawa amalan prinsip-prinsip TQM boleh memanfaatkan organisasi pendidikan. Korelasi Pearson menunjukkan bahawa kesemua prinsip TQM mempunyai korelasi positif yang signifikan dengan pembolehubah utama kepuasan hati pelajar dan pencapaian akademik pelajar. Analisis komponen utama dan regresi linear mudah telah dijalankan untuk mengurangkan kesan multikekolinearan serta menentukan perhubungan antara pembolehubah Keputusan menunjukkan prinsip-prinsip TQM dapat menerangkan peratusan varians yang signifikan.
 

 
Pengurusan Perolehan: Peranan Kualiti Audit dan Urus Tadbir Korporat
Nor Haiza Abd Aziz
Sektor Audit Kerajaan Persekutuan
Jabatan Audit Negara
 
Takiah Mohd. Iskandar & Norman Mohd Saleh
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Abstract Ɩ  Full Text
Kajian ini meneliti beberapa ciri tadbir urus korporat termasuk kebebasan lembaga pengarah, kemahiran pengetahuan perakaunan jawatankuasa audit, pemilikan ekuiti pengurusan dan hubungannya dengan pengurusan perolehan. Kajian juga turut melihat peranan kualiti audit sebagai pembolehubah tidak bersandar dan pemboleh ubah penyederhana. Sampel kajian terdiri daripada 812 buah syarikat bagi tahun 2001 dan 868 buah syarikat tahun 2002 yang tersenarai di Papan Utama dan Papan Kedua Bursa Malaysia. Dalam kajian ini, akruan boleh pilih merupakan pemboleh ubah bersandar. Teori agensi digunakan untuk menerangkan hubungan di antara pemboleh ubah kajian. Hasil kajian mendapati kebebasan lembaga pengarah mempunyai hubungan negatif yang signifikan dengan akruan boleh pilih. Hasil kajian ini juga menunjukkan hubungan negatif yang signifikan di antara kemahiran pengetahuan perakaunan jawatankuasa audit dan akruan boleh pilih. Penemuan ini menunjukkan kebebasan lembaga pengarah dan kemahiran pengetahuan perakaunan jawatankuasa audit merupakan faktor penting dalam membataskan kejadian pengurusan perolehan. Hasil analisis regrasi mendapati hubungan negatif yang signifikan di antara kualiti audit dengan akruan boleh pilih. Penemuan ini adalah konsisten dengan teori yang menjelaskan pengauditan berkualiti tinggi dapat mengurangkan kos agensi yang wujud kesan daripada pemisahan di antara pemilikan dan pengurusan syarikat. Hasil kajian ini menjelaskan bahawa mekanisma dalaman dan luaran tadbir urus korporat adalah sama penting bagi memperkukuhkan pengawalan sesebuah syarikat.
 
Kata kunci : Lembaga Pengarah Jawatankuasa Audit; Pemilikan ekuiti pengurusan; Kualiti Audit; Akruan Boleh Pilih.
 

 
Cetak Rompak Produk Optik di Malaysia: Antara Tuntutan Sivil dan Sabitan Jenayah
Ahmad Shamsul Abd Aziz
Fakulti Pengurusan Awam dan Undang-Undang
Universiti Utara Malaysia
 
Abstract Ɩ Full Text
Cetak rompak hasil karya filem, muzik dan perisian komputer di Malaysia bukanlah suatu masalah yang baru, malah ia menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Penghasilan teknologi yang canggih memungkinkan aktiviti cetak rompak ini lebih berleluasa terutamanya yang dirakam dalam bentuk digital menerusi cakera optik. Undang-undang telah digubal bagi mengawal aktiviti cetak rompak. Peruntukan undang-undang di dalam dua akta utama berkaitan masalah ini turut dibincangkan iaitu Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Cakera Optik 2000 terutama berhubung tuntutan sivil oleh hak cipta serta sabitan jenayah terhadap masalah cetak rompak.
 

Universiti Utara Malaysia Press
Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok
Kedah Darul Aman, MALAYSIA
Phone: +604-928 4812, Fax : +604-928 4792 

All Right Reserved. Copyright © 2010, Universiti Utara Malaysia Press